Jumat, 19 Agustus 2011

Sejarah era Nabi Muhammad


Semasa Nabi Muhammad masih berada di Mekah, baginda mengarahkan penganut Islam menyeberangi Laut Merah pergi ke Habsyah / Abyssinia . Habesha ialah suku kaum yang tinggal di Ethiopia . Ketika itu rajanya bernama Najasyi beragama kristian .Mereka menyeberang mungkin menggunakan sampan menuju ke lokasi bernama Negash, selatan Ethiopia. Sahabat nabi Bilal bin Rabah berkulit hitam berasal daripada Habsyah. Bilal disiksa oleh majikannya Umaiyyah bin Khalaf.Isteri Nabi Saudah pernah pergi ke Habsyah bersama suami pertamanya. Melalui al Najashi, Nabi Muhammad melamar Ummu Habibah. Upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak Nabi.
Habsyah (bahasa Inggeris: Ethiopia) merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika (AU).
Nama Bahasa Inggerisnya, "Ethiopia" dikatakan berasal daripada "Ityopp'is", iaitu nama anak cucu Ham, pembentuk bandar Aksum. Nama Habsyah pula berasal daripada kumpulan kaum Habesha, yaitu kaum yang mendiami kawasan Habsyah sejak 3000 S.M.

Habsyah negara pertama hijrah sebelum Madinah
ETHIOPIA negara tertua yang tidak pernah dijajah dalam sejarah di benua Afrika. Kemakmuran negara ini menggambarkan keadilan pemerintah silamnya.

Ia pernah diperintah oleh raja yang bergelar Najasyi dan kerajaan ketika itu menjangkau hingga ke Sudan, sebahagian dari Mesir dan Somalia itulah Habsyah.

Selain dikenali sebagai Habsyah di kalangan bangsa Arab, ia dikenali sebagai Abisinia sehingga kurun ke-20. Hari ini, Ethiopia merujuk kepada kedua-dua nama itu. Ethiopia muncul sebagai negara pertama hijrah umat Islam Makkah sebelum berpindah ke Madinah.

Keadilan raja dan keharmonian penduduknya menarik perhatian Rasulullah SAW sehingga Baginda memerintah sahabatnya berhijrah ke sana buat sementara waktu.

Hubungan Ethiopia dengan tanah Arab wujud sejak zaman Nabi Sulaiman dan negeri itu juga pernah berada di bawah pemerintahan Ratu Balkis, iaitu pemerintah kerajaan Saba'. Selepas kelahiran Nabi Muhammad hubungan kedua-dua negara ini semakin rapat melalui peristiwa hijrah.

Penindasan yang dideritai oleh umat Islam di Makkah menyebabkan Rasulullah diwahyukan agar mereka berhijrah ke Habsyah.

Habsyah dipilih kerana rajanya adil. Mereka bergelar Najasyi dalam bahasa Tigrinya, raja. Selain itu, kisah Najasyi diketahui oleh Rasulullah menerusi rombongan perniagaan mereka yang menyeberang Laut Merah ke tanah Arab.

Rombongan Hijrah yang pertama ialah seramai 11 lelaki dan empat wanita, antaranya Uthman bin Affan, isterinya Ruqaiyyah binti Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf dan beberapa sahabat lain. Rombongan itu disambut baik Najasy yang menganggap mereka sebagai tetamu istimewa. Tetapi, selepas tiga bulan mereka kembali ke Makkah kerana faktor geografi di sini yang berbeza dan selepas Saidina Hamzah serta Umar al-Khattab memeluk islam.

Jika Ethiopia menyimpan jasad Najasyi, negara jirannya, Eritrea berbangga dengan lokasi pertama sahabat Rasulullah menjejaki kaki mereka. Di sanalah bermulanya segala episod sejarah hijrah dan perjuangan mereka. Negara yang sinonim dengan pergolakan, rakyatnya pula sudah biasa mengharungi peperangan selama 30 tahun.

Eritrea di Afrika Timur Laut baru mengecapi kenikmatan kemerdekaan dari Ethiopia, pada 1993. Negara ini mendapat nama daripada  perkataan Yunani yang bermaksud Semenanjung. Sebahagian ahli sejarah Afrika mengatakan kalimah itu berasal daripada bahasa Arab 'irt' yang bermakna api yang bernyala kemerah-merahan. Orang Yunani menambahkan sebutan 'ea' di hadapan perkataan irt sebagai rujukan kepada bangsa mereka. Akhirnya negara ini dipanggil Eritrea.

Sebagai negara pertama menjadi lokasi hijrah, Eritrea agak istimewa berbanding negara Afrika lain. Seperti diketahui bahawa Islam masuk ke
Eritrea melalui hijrah sahabat. Seperti juga diketahui bahawa Nabi cuba menjalankan dakwah di Makkah, tetapi ditentang oleh Musyrikin Quraisy. Malah, hanya sedikit kalangan mereka yang beriman dengannya. Mereka yang memeluk Islam berhadapan dengan kesukaran dan seksaan.

Selepas Nabi melihat segala bentuk seksaan yang dilakukan kaum Musyrikin ke atas mereka, lalu Baginda bersabda: "Bagaimana jika kamu berhijrah?"

Lalu sahabat bertanya: "Ke mana ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Pergilah ke bumi Habsyah. Sesungguhnya rajanya tidak pernah  menzalimi seseorang dan ia adalah bumi kebenaran."

Selepas itu, sahabat pun berhijrah ke Habsyah secara rahsia. Mereka berhijrah melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritrea. Habsyah dan Eritrea adalah negeri yang sama kerana dulu semuanya dikenali sebagai Habsyah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar