Hijrah Kedua Ke Habsyah
Kemarahan kaum Qurais semakin memuncak, penderaan dan penyiksaan pun semakin menjadi-jadi terhadap kaum muslimin lebih-lebih mereka mendengar al Najasi memberi layanan yang baik terhadap sahabat Rasulullah yang berhijrah. Baginda saw tidak jalan lain kecuali memerintah sahabat-sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Rombongan kedua seramai 83 orang lelaki dan 12 orang perempuan diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib.
Pihak Qurais amat tidak berasa senang dengan keamanan dan kebebasan yang dikecapi oleh kaum muslimin yang berhijrah ke Habsyah. Lantaran itu mereka telah dua tokoh yang berani, tangkas dan pintar iaitu Amru bin al ‘As dan Abdullah bin Abi Rabiah untuk memujuk raja al Najasi dengan berbagai tipu helah supaya mengusir orang Islam keluar dari Habsyah. Berlaku dailog antara Jaafar bin Abi Talib dengan raja al Najasi ,akhirnya al Najasi bersetuju dengan Jaafar bin Abi Talib dan menolak permintaan Amru bin al ‘As. Al Najasi terus memberi perlindungan kaum muslimin sehingga mereka pulang ke Madinah pada tahun ke 7 hijrah. Bahkan al Najasi sendiri memeluk Islam secara rahsia.
Qurais mengugut Abu TalibWahai Abu Talib ! kau mempunyai kedudukan dan martabat di sisi kami, sebelum ini kami meminta tuan melarang usaha-asaha anak saudara tuan, namun tuan tidak melarangnya kami boleh lagi bersabar dengan tindakan anak saudara tuan mencaci nenek moyang kami, memperkecilkan pemikiran kami, mempersendakan tuhan-tuhan kami, kau mesti jahanamkannya atau biar kau dan anak saudara kau bertarung dengan kami, hingga binasa salah satu pihak
Abu Talib terasa berat dengan ugutan tersebut lalu memberitahu Baginda. Rasulullah saw berkata; Wahai bapa saudaraku! Sekiranya mereka sanggup meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, supaya aku tinggalkan urusan ini, tak akan ku tinggalkannya sehinggalah Allah memenangkannya atau aku musnah kerananya, lalu Baginda pun pergi.
Abu Talib memanggil Baginda dan berkata Wahai anak ku! Ayuh serukanlah sekehendakmu, demi Allah aku tidak akan menyerahkan kau kepada sesuatu apa pun.
Hamzah bin Abdul Mutalib dan Umar bin al Khatab memeluk Islam.Di saat suasana diselubungi mendung penindasan dan kezaliman dengan izin Allah untuk menguatkan syaukah umat Islam,pada akhir tahun ke 6 kebangkitan Rasulullah, bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib memeluk Islam, sebab selepas beliau balik dari berburu dan mendengar cerita seorang hamba perempuan Abdullah bin Jad’an yang melihat Rasulullah dimaki dan dicerca dan dipukul sehingga berdarah oleh Abu Jahal, lalu beliau meluru pergi ke Kaabah mencari Abu Jahal dan bertempik wahai yang reput punggung! boleh kau memaki anak saudaraku sedang aku ini di dalam agamanya, terus beliau menghentak kepala Abu Jahal dengan batang panahnya hingga luka dan berdarah.
Selepas tiga hari Hamzah memeluk Islam Umar bin al Khatab pula memeluk Islam.Pada asal tujuan Umar keluar dengan pedang terhunus untuk membunuh Rasulullah saw sampai di pertengahan jalan beliau bertemu dengan Naim bin Abdullah al Nahlam al ‘Adawi ; wahai Umar ke mana kau nak tuju? Jawab beliau; aku nak bunuh Muhammad. Kata Naim;bagaimana kau boleh selamat dari bani Hasyim dan bani Zuhrah jika kau telah bunuh Muhammad. Jawab Umar kau telah keluar dari agama yang kau warisi.Kata Naim; aku tunjukkan kau yang lebih pelik dari itu, adik dan ipar telah keluar meninggal agama lama. Tanpa berlengah lagi Umar terus ke rumah adiknya,suami dan isteri sedang belajar al Quran dengan Khabab bi al Art. Khabab teru bersembunyi bila dengar kedatangan Umar.Sebaik saja Umar masuk ke rumah apa yang kamu berdua sedang baca? Jawab Fatimah kami berbual biasa.Kata Umar; boleh jadi kamu berdua telah keluar agama.Jawab adik iparnya; Apa pandangan kau jika kebenaran itu bukan pada agama kau?Tanpa berlengah Omar menerkam membelasah adik iparnya sepenuh tenaganya lalu adiknya segera menolak Omar dari memukul suaminya. Omar terus menampar adik sehingga berdarah mukanya. Omar berasa menyesal dengan tindakannya, berikan lembaran yang kamu baca supaya aku dapat menatapnya.Jawab adiknya; kau kotor ayat ini bersih dan tidak boleh disentuh kecuali orang bersih, ayuh pergi bersuci lalu Omar bangun pergi bersuci kemudian dia mengambil lembaran dan membaca dengan bismillah surah Taha dari ayat 1-14.
Beliau berkata; betapa indah dan eloknya ayat, ayuh tunjukkan aku di mana Muhammad?
Terdengar kata Omar; Khabab keluar dan berkata nah Omar terimalah berita yang mengembirakan ini, ku harapkan doa Rasulullah itu di malam Khamis lau, kau yang menjadi orangnya.Imam at Tarmizi meriwayat hadis dari Ibnu Umar dan Imam at Tabroni meriwayat hadis dari Ibnu Mas’ud dan Anas bahawa maksud sabda Rasullah saw; Ya Allah! Ya Tuhanku! Perkuatlah Islam dengan salah seorang dari tokoh yang tersayang padamu; dengan Umar bin al Khatab atau Abu Jahal bin Hisyam, dan orang yang tersayang itu adalah Umar bin al Khatab’.
Omar terkenal dengan sikap yang tegas, tiada siapa yang mempertikainya. Keislaman Omar merupakan musibah dan pukulan yang hebat ke atas kafir musyrikin, di sebaliknya kepada kaum muslimin ia memberi kekuatan, kebangkitan dan kemulian.
Ibnu Ishak meriwayat dengan sanadnya dari Omar r.a dengan katanya; semasa aku memeluk Islam aku teringat siapakah yang kuat memusuhi Rasulullah, ku berkata dalam hati Abu Jahal, dengan itu aku pergi ke rumahnya, setelah aku ketuk pintu, beliau keluar berkata; se;amat datang, apa hal yang membawa kau kemari? Jawab Omar; ku datang untuk memberitahu yang aku ini telah pun beriman dengan Allah dan perseruhNya Muhammad saw dan aku percaya dengan apa yang dibawanya. Serta merta Abu Jahal menutup pintu di hadapanku, sambil berkata; tuhan celakakan engkau dan celakakan berita yang kau bawakan itu.
Mujahid meriwayatkan dari Ibnu Abbas dengan katanya; aku bertanya wahai Omar! Kenapa kau digelar al Faruq?Jawab Omar; Hamzah memeluk Islam 3hari lebih dahulu dari ku, kemudian beliau menceritakan kisah keislamannya, di akhirnya beliau menyebut ketika ku mengucap dua kalimah syahadah ku berkata Wahai Rasulullah saw! Tidakkah kita di atas kebenaran, sama ada kita mati atau hidup. Jawab Rasulullah saw; Ya! Memanglah demikian.Demi jiwaku ditanganNya sesungguhnya kamu sekelian di atas kebenaran, sama ada kamu mati atau hidup. Ku berkata; oleh itu apa perlu bersembunyi di sini? Demi Tuhan yang mengutuskan kau dengan kebenaran kita mesti keluar dari sini, kami semua membawa Baginda keluar, kami bersusun dalam dua saf. Hamzah dalam satu saf dan aku pula dalam satu saf yang lain, berjalan serentak bak rentak kisaran yang bergegar, hinggalah kami masuk ke dalam masjid, pihak Qurais sedang memerhatikan dengan tajam ke arah aku dan Hamzah, mereka semua diselubungi dukacita dan keresahan yang tidak berkesudahan pada hari itu, kerana itu Rasulullah saw mengelarkan aku dengan al Faruq
Ibnu Mas’ud menceritakan dengan katanya; sebelum ini tidak pernah kami bersembahyang di Kaabah kecuali setelah Omar memeluk Islam.
Suhaib bin Sinan ar Rumi menceritakan dengan katanya; setelah Omar memeluk Islam, agama Islam mula memancar, seruan kepada Islam secara terang-terangan, dan kami duduk dikeliling Kaabah dalam halaqah-halaqah, bertawaf, kami mengadili orang yang menindas kami dahulu, malah kami dapat membalas balik penganiayaan mereka terhadap kami.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar